
Mahkamah Tolak Petisyen Pilihan Raya DUN N.35 Sindumin, YB Yusri Pungut Kekal ADUN Sah
Keputusan mahkamah hari ini menolak petisyen pilihan raya bagi kerusi DUN N.35 Sindumin sekali gus mengesahkan kemenangan Yusri Pungut sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang sah.
Mahkamah memutuskan bahawa petisyen yang difailkan tidak mempunyai asas kukuh untuk membatalkan keputusan pilihan raya lalu, sekali gus mengekalkan mandat rakyat yang diberikan kepada beliau di kawasan Sindumin.
Keputusan ini menamatkan spekulasi berhubung kedudukan kerusi tersebut dan memberi ruang kepada YB Yusri untuk terus memberi tumpuan kepada agenda pembangunan serta kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.




