Israel Sekali Lagi Didakwa Guna AI Dalam Video Natang Yahu

Pihak Israel sekali lagi menjadi perhatian apabila satu video yang memaparkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, sedang meminum segelas kopi didakwa sebagai video yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Rakaman tersebut yang tersebar di media sosial pada awalnya dilihat seperti video biasa, namun beberapa pengguna internet mendakwa terdapat kejanggalan pada pergerakan dan visual yang menunjukkan ia kemungkinan besar dihasilkan oleh teknologi AI.

Dakwaan ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian, dengan segelintir pihak menuduh video itu sengaja dimuat naik bagi menepis spekulasi mengenai keadaan sebenar Netanyahu selepas beliau dilaporkan tidak muncul di khalayak selama beberapa hari. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Israel mengenai dakwaan tersebut.