China Dilapor Kerah Lebih 2,000 Kapal Tentera Berhampiran Selat Taiwan

Laporan terkini menyatakan bahawa China telah menempatkan lebih 2,000 kapal milik People’s Liberation Army (PLA) bersama pelbagai aset ketenteraan laut di kawasan Laut China Timur berhampiran Selat Taiwan.

Pergerakan besar-besaran aset ketenteraan ini dikatakan berlaku tidak jauh dari Taiwan, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa Beijing sedang membuat persiapan awal bagi kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap pulau tersebut.

Ketegangan di rantau itu terus meningkat apabila beberapa pihak antarabangsa memantau rapat perkembangan tersebut kerana ia berpotensi memberi kesan besar terhadap keselamatan dan kestabilan di kawasan Asia Pasifik.