
Permintaan Jet Peribadi Melonjak, Golongan Kaya Tinggalkan Timur Tengah

Permintaan terhadap penerbangan sewa khas (private charter) untuk keluar dari Timur Tengah dilaporkan melonjak mendadak sejak tercetusnya konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran. Ramai individu kaya, pelancong serta eksekutif syarikat sanggup membayar harga yang sangat tinggi demi meninggalkan rantau tersebut dengan segera. ✈️
Gangguan besar terhadap penerbangan komersial akibat penutupan ruang udara dan risiko keselamatan telah menyebabkan ribuan penerbangan dibatalkan di beberapa negara Teluk. Situasi ini mendorong orang ramai mencari alternatif seperti jet peribadi atau penerbangan charter sebagai jalan keluar pantas dari kawasan konflik.
Menurut laporan industri penerbangan, permintaan untuk jet peribadi di Emiriah Arab Bersatu meningkat sehingga 200 hingga 300 peratus sejak konflik bermula. Dalam masa yang sama, harga sewaan pesawat melonjak berkali ganda, dengan sesetengah penerbangan mencecah sehingga AS$200,000 bagi satu perjalanan ke Eropah.
Kekurangan pesawat, kos insurans yang meningkat serta sekatan ruang udara menjadikan perjalanan keluar dari Timur Tengah semakin sukar. Akibatnya, hanya mereka yang mampu membayar harga “astronomical” sahaja yang berpeluang mendapatkan tempat dalam penerbangan charter untuk meninggalkan kawasan yang semakin tegang itu.



