
Spekulasi Nasib Netanyahu Cetus Perhatian Dunia

Media Iran, Tasnim News Agency, mencetuskan perhatian media antarabangsa selepas melaporkan dakwaan yang belum disahkan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, terbunuh atau cedera parah dalam serangan balas baru-baru ini.
Spekulasi semakin memuncak apabila Netanyahu dilaporkan tidak muncul di khalayak umum selama empat hari. Selain itu, beberapa mesej video yang dijadualkan turut dibatalkan, manakala lawatan seorang utusan kanan Amerika Syarikat ke Israel juga dilaporkan dibatalkan tanpa penjelasan.
Setakat ini, pihak berkuasa Israel masih berdiam diri tanpa sebarang pengesahan atau penafian rasmi, sekali gus menambahkan lagi tanda tanya dan spekulasi di peringkat antarabangsa.



