Tidakan Tegas Perlu Di Ambil

Yb Lisa Hassan Alban mengecam sekeras-kerasnya kejadian yang berlaku di Pasar Awam Sibuga Jaya Batu 8 yang melibatkan tindakan menyerang penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.
Perbuatan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima kerana penguat kuasa menjalankan tanggungjawab mereka demi memastikan peraturan dipatuhi serta menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Tindakan keganasan terhadap penjawat awam yang bertugas adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menjejaskan keharmonian masyarakat.
Sehubungan itu, saya memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat supaya perkara seperti ini tidak berulang pada masa hadapan serta bagi memastikan undang-undang sentiasa dihormati.