Projek Jalan Batu 1.5 Sandakan Lewat Hampir 3 Tahun, Keselamatan Pengguna Jalan Raya Dipersoal

Lawatan susulan telah dilakukan ke tapak projek di Jalan Batu 1.5, Sandakan yang sehingga kini masih belum siap walaupun papan tanda projek telah didirikan hampir tiga tahun lalu.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kerana berdasarkan maklumat yang diterima serta pemerhatian di lapangan, kemalangan kedua telah dilaporkan berlaku di kawasan tersebut sejak projek itu dimulakan.

Sebelum ini, YB Calvin Chong telah berhubung dengan pihak JKR bagi mendesak supaya projek berkenaan disegerakan selain melaksanakan langkah keselamatan sementara di lokasi terbabit. Isu itu juga telah dilaporkan kepada pihak JKR Putrajaya untuk perhatian dan tindakan lanjut.

Namun sehingga hari ini, masih tiada perkembangan jelas di tapak projek tersebut.

Rakyat berhak mendapat penjelasan yang telus mengenai kelewatan ini, termasuk siapa yang akan bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku.

Kelewatan hampir tiga tahun adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan tindakan segera perlu diambil demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terjamin.