
Yb Lisa Hassan Alban Santuni Penduduk Kampung Pulau Nunuyan Laut Melalui Program Agihan Bubur Lambuk Ramadan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Lisa Hassan Alban, turun padang ke Kampung Pulau Nunuyan Laut bagi menjayakan program agihan bubur lambuk sempena bulan Ramadan.
Program tersebut mendapat sambutan hangat daripada penduduk kampung yang hadir seawal petang untuk menerima juadah berbuka puasa itu. Selain mengagihkan bubur lambuk, beliau turut meluangkan masa beramah mesra serta mendengar sendiri pandangan dan keperluan masyarakat setempat.
Menurut beliau, program seumpama ini bukan sahaja dapat mengimarahkan Ramadan, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat di kawasan berkenaan.



