
Petisyen Kerajaan Sarawak Uji Kesahihan Akta Petroleum
Kerajaan Kerajaan Sarawak telah memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan Malaysia bagi menentukan kesahihan perlembagaan serta kesinambungan pemakaian beberapa akta persekutuan berkaitan petroleum ke atas negeri itu.
Menurut kenyataan media rasmi kelmarin, petisyen tersebut bertujuan mendapatkan penjelasan undang-undang berhubung Akta Pembangunan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966, termasuk sama ada peruntukannya selaras dengan kedudukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Langkah ini dilihat penting dalam memperjelaskan bidang kuasa serta hak negeri berhubung pengurusan sumber petroleum, sekali gus memberi kepastian kepada semua pihak berkepentingan.




