
Video AI Netanyahu Cetus Tanda Tanya Selepas Hilang 4 Hari

Satu video ucapan yang didakwa menampilkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dimuat naik oleh pihak Tel Aviv hari ini selepas beliau dilaporkan tidak muncul di khalayak selama empat hari.
Namun, video tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial apabila sebahagian pihak mendakwa ia mungkin dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Mereka berpendapat rakaman itu cuba menutup dakwaan bahawa Netanyahu telah terbunuh atau cedera dalam serangan terbaru yang dikaitkan dengan konflik melibatkan Iran dan Israel.
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai kesahihan dakwaan tersebut, namun ketiadaan Netanyahu di khalayak umum sebelum video itu dimuat naik terus menimbulkan persoalan dalam kalangan pemerhati antarabangsa.



