
RUU Had Tempoh Perdana Menteri Gagal Lulus Dua Pertiga

Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua.
Menerusi undian belah bahagian yang dijalankan, RUU tersebut hanya mendapat 146 undi menyokong, tidak mencukupi untuk meluluskan pindaan Perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga.
Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, ketika mengumumkan keputusan memaklumkan seramai 44 Ahli Parlimen berkecuali manakala 32 lagi tidak hadir.
Kegagalan itu menyaksikan cadangan pembaharuan bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri tidak dapat diteruskan ke peringkat seterusnya buat masa ini.



