YB Lisa Hassan Alban Hadir Town Hall 40% Hasil Sabah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, YB Lisa Hassan Alban menghadiri program Town Hall anjuran Sabah Law Society (SLS) berhubung hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh daripada Sabah, yang berlangsung di Pejabat Sekretariat SLS hari ini.

Sesi berkenaan memberi tumpuan kepada perkembangan semasa garis masa 90 hari dan 180 hari yang ditetapkan mahkamah, kemajuan semakan Artikel 112D Perlembagaan Persekutuan serta implikasi perundangan dan perlembagaan yang lebih luas kepada negeri Sabah.

Kehadiran YB Lisa mencerminkan komitmen berterusan beliau dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah, khususnya melibatkan tuntutan hasil negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Program itu turut dihadiri pengamal undang-undang, wakil masyarakat sivil dan orang awam yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kedudukan semasa tuntutan 40 peratus tersebut.