Siti Nurhaliza Pilih Diam, Fokus Perbaiki Ibadah

TIDAK mahu terus menghangatkan polemik, Siti Nurhaliza mengambil keputusan untuk berdiam diri berhubung teguran warganet terhadap tindakannya menunaikan solat hanya berjubah tanpa mengenakan telekung seperti kebiasaan.

Penyanyi tersohor itu menegaskan penjelasan daripada pihak ahli agama sebelum ini sudah mencukupi untuk meredakan kekeliruan yang timbul.

Bagi beliau, perkara tersebut tidak wajar dipanjangkan. Sebaliknya, Siti memilih untuk bermuhasabah dan memberi keutamaan kepada usaha mempertingkatkan kualiti ibadah serta hubungan dengan Allah SWT, tanpa terheret dalam perdebatan yang berpanjangan.