Kes Mayat Dikerat Lelaki 71 Tahun Didakwa Bunuh Bekas Tunang

Seorang lelaki berusia 71 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Jumaat atas pertuduhan membunuh bekas tunangnya yang mayatnya ditemukan dalam keadaan dikerat di tong sampah komuniti di Taman Indah Permai, Sepanggar.

Tertuduh, Piluta Samad, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Hamidah Husin @ Lisa, 44, pada 11 Februari antara jam 6 hingga 7 petang di sebuah rumah di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar.

Mahkamah menetapkan 15 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan DNA, patologi, forensik dan kimia.