Wanita Ditahan Selepas Buat Siaran Langsung Makan Minum Ketika Ramadan

Seorang wanita berusia 27 tahun ditahan untuk diambil keterangan selepas dipercayai membuat siaran langsung sedang makan dan minum pada bulan Ramadan.

Tindakan itu dikesan apabila pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan hadir ke kediamannya di Kuala Pilah susulan video siaran langsung yang dibuat kira-kira jam 6.45 petang pada 22 Februari lalu.

Wanita terbabit disiasat di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 berkaitan kesalahan penghinaan atau pencelaan terhadap agama Islam. Pihak berkuasa memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.