DAP Tunggu Keputusan Muktamad PM Anwar Mengenai PRU dan PRN Serentak

DAP masih menunggu keputusan muktamad Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bagi menentukan hala tuju parti menjelang kemungkinan pembubaran DUN Melaka dalam tempoh 10 bulan akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, dua perkara utama perlu diputuskan iaitu sama ada PRU dan PRN diadakan serentak serta bentuk kerjasama politik yang akan digunakan.

Menurut beliau, hanya Perdana Menteri mempunyai kuasa menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pembubaran Parlimen dan menyelaras kedudukan parti dalam kerajaan perpaduan, termasuk kemungkinan menyatukan pilihan raya di peringkat pusat dan negeri.